Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR PUKUL, CABUL KANAK-KANAK PEREMPUAN DIREMAN EMPAT HARI

DALAM NEGARA

PENGANGGUR PUKUL, CABUL KANAK-KANAK PEREMPUAN DIREMAN EMPAT HARI

Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini, selepas bertindak memukul dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan, di kawasan di Bukit Sentosa, di Hulu Selangor, malam tadi.

Sumber Gambar: Nett Adnan

HULU SELANGOR: Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini, selepas bertindak memukul dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan, di kawasan di Bukit Sentosa, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata, pihaknya telah menerima panggilan dari seorang wanita yang memaklumkan mangsa telah dipukul dan dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali berusia 23 tahun.

“Kejadian difahamkan berlaku ketika mangsa bersama kakak dan abang mangsa melalui Jalan Bakawali, Bukit Sentosa ke pasar malam.

“Tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali telah menarik mangsa masuk ke dalam rumahnya. Individu tersebut telah bertindak memukul mangsa menggunakan kaki dan tangan sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, suspek yang merupakan penganggur didapati tidak mempunyai rekod lampau, sementara ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

“Manakala hukuman bagi kesalahan kedua boleh disabitkan kesalahan penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial kejadian lelaki cuba menculik dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan, di Taman Bakawali, Rawang, semalam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading