Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KELUCAHAN MELAMPAU DIPERCAYAI PUNCA PERGADUHAN TIGA INDIVIDU

DALAM NEGARA

KELUCAHAN MELAMPAU DIPERCAYAI PUNCA PERGADUHAN TIGA INDIVIDU

Kelucahan melampau didakwa dilakukan seorang pelajar lelaki terhadap pelajar perempuan dipercayai punca pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Larkin di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU: Kelucahan melampau didakwa dilakukan seorang pelajar lelaki terhadap pelajar perempuan dipercayai punca pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Larkin di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pergaduhan pada 2.30 petang itu membabitkan dua pelajar lelaki 17 tahun dan abang kepada seorang remaja itu yang berusia 20 tahun.

“Polis menerima laporan kejadian pada 7.13 malam semalam dengan pengadu mendakwa dipukul dua individu. 

“Siasatan awal mendapati kejadian itu rentetan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun diganggu dengan kelucahan melampau oleh pengadu pada kira-kira 2 petang Rabu lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata pelajar perempuan itu membuat laporan pada 5.43 petang semalam. 

Beliau berkata kes pergaduhan itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan manakala siasatan terhadap laporan polis oleh pelajar perempuan itu dilakukan di bawah Seksyen 509 kanun sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menerusi talian 07-2182323 untuk membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video pergaduhan itu bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Semalam, satu rakaman video memaparkan seorang pelajar dipukul oleh dua orang lelaki di luar kawasan sekolah tular di media sosial.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading