Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGARAH SYARIKAT RUGI HAMPIR RM3 JUTA DITIPU SKIM PELABURAN

DALAM NEGARA

PENGARAH SYARIKAT RUGI HAMPIR RM3 JUTA DITIPU SKIM PELABURAN

Seorang pengarah syarikat kerugian sebanyak RM2.95 juta selepas diperdaya skim pelaburan dalam talian pada tahun lepas.

KUALA TERENGGANU: Seorang pengarah syarikat kerugian sebanyak RM2.95 juta selepas diperdaya skim pelaburan dalam talian pada tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada Mei tahun lepas, lelaki berusia 66 tahun itu telah ditawar menyertai skim pelaburan perniagaan oleh seorang rakan yang dikenali di laman sosial.

Beliau berkata mangsa yang dijanjikan keuntungan antara 10 hingga 25 peratus daripada modal pelaburan telah mendaftar perniagaan tersebut melalui pautan di laman sesawang yang diberikan.

“Mangsa yang berasal dari Tok Jembal juga diminta memuat turun satu aplikasi untuk membolehkan wang keuntungan pelaburan dimasukkan.

“Terpesona dengan jumlah laba yang tinggi, mangsa telah membuat pelaburan berjumlah RM2.95 juta melalui 18 kali transaksi ke akaun yang diberikan suspek dalam tempoh 10 Jun hingga 7 Nov tahun lepas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa menyedari ditipu apabila proses memindahkan wang daripada aplikasi terbabit ke akaun bank miliknya gagal, dan membuat laporan polis pada 11.06 pagi Sabtu lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading