PENGASUH MENGAKU CAMPUR UBAT SELESEMA DALAM SUSU BAYI 18 HARI
KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya seorang bayi lelaki berusia 18 hari dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu kanak-kanak itu, bulan lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya seorang bayi lelaki berusia 18 hari dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu kanak-kanak itu, bulan lepas.
Hakim Dr Azrol Abdullah menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun berserta cagaran RM1,000 dengan seorang penjamin selain diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 90 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.
Mengikut pertuduhan, Hew didakwa melakukan penganiayaan terhadap bayi lelaki berusia 18 hari ketika kejadian dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu mangsa sehingga boleh menyebabkan kesihatan mangsa terjejas.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah residensi di Bukit Jalil, Cheras, di sini pada 2.21 pagi, 15 Sept lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, bapa bayi berkenaan selaku pengadu telah mengupah wanita itu sebagai pengasuh untuk menjaga bayi yang baru lahir itu selama 20 hari dengan gaji RM4,500 di kediaman pengadu.
Bagaimanapun pengadu menyedari anaknya itu hanya tidur setiap hari dan kesihatannya tidak seperti bayi lain.
Pengadu kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat tertuduh memasukkan ubat selesema ke dalam botol susu dan memberi bayi itu minum walaupun bayi itu sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran atas faktor kepentingan awam supaya kesalahan demikian tidak dilakukan oleh sesiapa terutamanya pengasuh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia seorang ibu tunggal dan mempunyai penyakit asma, diabetes, darah tinggi serta masalah pendengaran dan penglihatan.
“Saya meminta maaf atas kesalahan saya. Saya tidak sengaja buat demikian. Ingat dia (bayi) ada selesema sebab itu saya bagi,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked