Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KELAB MALAM DIDAKWA BAKAR ISTERI

DALAM NEGARA

PENGAWAL KELAB MALAM DIDAKWA BAKAR ISTERI

MANJUNG: Seorang pengawal kelab malam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung hari ini atas pertuduhan membakar dan menyebabkan kematian isterinya minggu lalu.

Tertuduh S. Gabriel, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Kavitha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian E. Komati 33 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Ladang Walbrook, Sitiawan
antara 6.30 hingga 7 petang, 10 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap suspek dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 18 September depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di mahkamah majistret berasingan, tertuduh didakwa positif dadah jenis metafetamin dan amfetamin.

Tertuduh mengaku salah atas pertuduhan tersebut dan kes akan disebut semula 25 oktober depan di Mahkamah Majistret Pantai Remis bagi serahan laporan patologi.

Selasa lalu polis menerima laporan daripada adik mangsa memaklumkan perbuatan tertuduh membakar mangsa yang didakwa berang kerana dituduh menagih dadah.

Mangsa dirawat di Hospital Seri Manjung namun disahkan meninggal dunia pukul 12.20 tengahari. – AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading