Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KESELAMATAN BUNUH TUKANG MASAK

DALAM NEGARA

PENGAWAL KESELAMATAN BUNUH TUKANG MASAK

GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown hari ini, atas kesalahan membunuh seorang tukang masak, Sabtu lepas.

Tertuduh, Ong Lai Seng, 65 tahun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Mengikut pertuduhan, Ong didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian Chua Kok Seong, 42 tahun, di pondok pengawal, Blok 8, Desa May, Persiaran Paya Terubong pada jam 8.50 malam, 5 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, Ong didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Januari tahun depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Teh Ee Teng.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading