Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPB DI KOTA BHARU, MACHANG, TANAH MERAH DAN PASIR MAS DITAMATKAN

DALAM NEGARA

PKPB DI KOTA BHARU, MACHANG, TANAH MERAH DAN PASIR MAS DITAMATKAN

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan ditamatkan berkuatkuasa hari ini (11 Disember 2020) kecuali di dua mukim.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua mukim itu ialah Mukim (Daerah Penggawa) Kubang Kerian, Kota Bharu dan Mukim (Daerah Penggawa) Kusial, Tanah Merah.

“PKPB di kedua-dua mukim ini akan diteruskan sehingga 20 Disember 2020.

“Selain itu, PKPD di Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kg. Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh turut diteruskan sehingga 20 Disember 2020,” ujar Ismail Sabri dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu jelas Ismail Sabri, penamatan PKPB di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kes positif COVID-19 di keempat-empat daerah itu menunjukkan trend penurunan mendadak dan terkawal sementara kes-kes aktif yang masih ada hanya tertumpu di beberapa mukim (Daerah Penggawa). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading