Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGEBOMAN HOSPITAL DI GAZA “JENAYAH PERANG PALING HINA”

DUNIA

PENGEBOMAN HOSPITAL DI GAZA “JENAYAH PERANG PALING HINA”

AMMAN: Raja Jordan Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara di Hospital Arab Al-Ahli yang terletak di tengah Gaza. – AFP

AMMAN: Raja Jordan Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Baginda bertitah perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia jenayah perang yang amat kejam dan Israel perlu segera menamatkan pencerobohan ke atas Gaza.

Tindakan itu juga bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan jelas tidak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, titah baginda.

Baginda turut mengingatkan bahawa peperangan yang telah memasuki fasa berbahaya itu akan mengheret wilayah berkenaan ke kancah bencana.

Jordan akan teguh bersama untuk mempertahankan hak dan perjuangan rakyat Palestin, titah baginda.

Sementara itu, Perdana Menteri Bisher Khasawneh mengumumkan Jordan akan berkabung selama tiga hari sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

Beliau berkata sepanjang tempoh berkabung itu bendera negara Jordan di kementerian, institusi dan jabatan awam akan dikibarkan separuh tiang.

Pada Selasa, Kementerian Kesihatan di Gaza dilaporkan berkata sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara di Hospital Arab Al-Ahli yang terletak di tengah Gaza. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading