Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGHARGAAN LUAR BIASA BUAT RAKYAT DIUMUM ESOK ATAU RABU – ANWAR

DALAM NEGARA

PENGHARGAAN LUAR BIASA BUAT RAKYAT DIUMUM ESOK ATAU RABU – ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat dijangka diumumkan pada esok atau Rabu ini.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat dijangka diumumkan pada esok atau Rabu ini.

Beliau berkata sedikit lagi masa diperlukan untuk meneliti pengumuman yang bakal dibuat susulan permukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

“Permukiman itu tentang menjelaskan dasar-dasar kerajaan, di samping itu juga mendengar pandangan dan keluhan masyarakat, yang kemudian menuntut saya untuk memikirkan perubahan-perubahan dan pengumuman yang perlu untuk meredakan tuntutan ini.

“Saya katakan dalam sehari dua ini saya perlu umum (sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya), tetapi perkara itu memerlukan sedikit masa untuk diteliti,” kata beliau pada perjumpaan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Pada 19 Julai lepas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Anwar memberikan bayangan bahawa penghargaan luar biasa yang akan diumumkan melibatkan langkah kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang semakin membebankan.–AlHijrah Online

MENYUSUL LANJUT


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading