Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGURUS, GURU TASKA DERA LIMA KANAK-KANAK DITAHAN

DALAM NEGARA

PENGURUS, GURU TASKA DERA LIMA KANAK-KANAK DITAHAN

Polis menahan tiga petugas sebuah taska di Taman Meru Perdana 2 disini yang dipercayai mendera lima kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun di taska berkenaan, minggu lepas.

IPOH: Polis menahan tiga petugas sebuah taska di Taman Meru Perdana 2 disini yang dipercayai mendera lima kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun di taska berkenaan, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata berkata tiga suspek berkenaan yang terdiri daripada pengurus dan guru wanita berusia 26 hingga 51 tahun itu, ditahan selepas polis menerima satu laporan daripada salah seorang bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 31 tahun di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, Khamis lepas.

“Bapa mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan pada lengan kiri anak perempuannya berusia dua tahun selepas mengambil anaknya di taska itu, dan mengesyaki anaknya itu didera oleh guru taska itu berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini polis telah menerima lima laporan polis daripada lima keluarga melibatkan lima mangsa kanak-kanak berusia lingkungan umur satu hingga dua tahun yang dijaga oleh taska berkenaan.

Yahaya berkata semua suspek direman hingga 14 Julai untuk membantu siasatan, dan polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiaya kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

“Jika disabitkan dengan kesalahan, ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading