DALAM NEGARA
PENIAGA BAZAR RAMADAN SELURUH NEGARA SIAP SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama di Bazar Kampung Baru mendapati kontraktor sedang mendirikan kanopi untuk peniaga yang mendapat permit berniaga dari 2 hingga 30 Mac.
Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama di Bazar Kampung Baru mendapati kontraktor sedang mendirikan kanopi untuk peniaga yang mendapat permit berniaga dari 2 hingga 30 Mac.

KUALA LUMPUR: Sehari menjelang 1 Ramadan, peniaga bazar Ramadan di seluruh negara giat membuat persiapan akhir, termasuk pemasangan kanopi dan susun atur gerai.
Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama di Bazar Kampung Baru mendapati kontraktor sedang mendirikan kanopi untuk peniaga yang mendapat permit berniaga dari 2 hingga 30 Mac.
Penjual minuman Muhammad Syafaat, 31, berkata pengambilalihan pengurusan bazar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kelegaan kepada peniaga apabila kadar sewa tapak dikurangkan daripada RM750 kepada RM500 sekali gus meringankan kos operasi.
Sementara itu, peniaga tetap Nisa, 39, berkata walaupun harga bahan mentah meningkat, beliau mengekalkan harga jualan untuk menarik pelanggan dan penyusunan semula tapak juga membantu mengurangkan kesesakan selain mewujudkan suasana lebih selesa.
Di PERAK, bazar utama seperti di Stadium Perak, Medan Gopeng dan Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS), Meru Raya, sudah siap sedia menerima pengunjung.
Peniaga kebab Wahi Ekram Mat Kasa, 39, berkata beliau menambah menu baharu seperti shawarma dan tortilla, dengan sedikit kenaikan harga antara 50 sen hingga RM1 akibat peningkatan kos bahan mentah.
Sementara itu, lebih 900 lot bazar disediakan di PERLIS, termasuk di Dataran Persiaran Wawasan (300 lot), Arau (220 lot), Kangar (119 lot) dan Taman Kemajuan (71 lot).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Affendi Rajini Kanth berkata kadar sewa dikekalkan rendah untuk meringankan beban peniaga.
Di KELANTAN pula peniaga di Bazar Ramadan Melor mula mempromosi produk mereka dengan menggunakan kain rentang.
Peniaga buah-buahan Abdul Muhaimin Sulaiman, 29, berkata tahun ini beliau menyewa empat tapak di bazar itu, selain memiliki kedai buah di Kampung Buloh Poh dan menyewa tapak tambahan di Bazar Ramadan Peringat, Kota Baharu.
Peniaga colek Mohd Nazir Che Mahmud, 64, berkata jualan colek paling laris pada awal dan akhir Ramadan apabila ramai perantau pulang ke kampung.
Di NEGERI SEMBILAN, lebih 140 tapak perniagaan disediakan di Dataran Senawang 3, Seremban, dengan bazar beroperasi dari 7 malam hingga 12 tengah malam sepanjang Ramadan. Penganjur, Persatuan Cakna Rasa Sayang, menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi kawalan keselamatan.
Peniaga ayam goreng Fatin Syazwahanis Kamaruzaman, 26, menawarkan menu seperti chicken tenders dan curly fries pada harga antara RM8 hingga RM14 di gerai Mr Tenders.
Bagi Abdul Razif Sulaiman, 40, yang menjual “roti John” di Angsana Bahau, Jempol, masih mengekalkan harga RM7 dan bersyukur kadar sewa bazar tahun ini diturunkan daripada RM350 kepada RM300. –AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memeterai kerjasama strategik bersama Kementerian Ekonomi bagi memperkasa golongan asnaf...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi...
Dua jalan utama di ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat malam esok bagi memberi...
Seorang lelaki dilaporkan tersepit di bahagian pemandu selepas lori membawa muatan simen dipandunya melanggar plaza tol...
Keputusan untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.