Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUJUH SEKELUARGA NYARIS MAUT, KERETA LANGGAR TIANG ELEKTRIK

DALAM NEGARA

TUJUH SEKELUARGA NYARIS MAUT, KERETA LANGGAR TIANG ELEKTRIK

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 1.56 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak terus ke lokasi kejadian.

GEORGE TOWN: Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta Toyota Innova dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Uban di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 1.56 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak terus ke lokasi kejadian.

“Terdapat tiga mangsa dewasa berusia 20 hingga 40-an tersepit manakala empat kanak-kanak mengalami cedera ringan di beberapa bahagian badan.

“Kerja-kerja mengeluarkan dua lelaki dan seorang wanita yang tersepit menggunakan peralatan khas dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.54 pagi sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa yang tersepit mengalami kecederaan antaranya patah tangan kanan dan cedera di kepala serta perut. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading