PENIAGA DITAHAN DISYAKI PUKUL WARGA EMAS DAKWA LEMANG DIBELI MENTAH
Seorang peniaga lemang ditahan bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki warga emas yang mendakwa lemang dibelinya mentah dalam kejadian di sebuah gerai di Jalan Bukit Beruang Utama, di sini Jumaat lepas.
MELAKA: Seorang peniaga lemang ditahan bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki warga emas yang mendakwa lemang dibelinya mentah dalam kejadian di sebuah gerai di Jalan Bukit Beruang Utama, di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian kira-kira 8 malam itu menyebabkan mangsa iaitu pesara tentera berusia 61 tahun luka di bahagian telinga kiri dan tangan kanan kerana terkena serpihan buluh lemang yang dibelah dan dirawat di Hospital Melaka.
Beliau berkata sebelum kejadian, warga emas itu datang ke gerai berkenaan untuk menukar lemang yang dibeli pada sebelah pagi kerana didapati masih mentah.
“Sebaik tiba di gerai berkenaan, mangsa mendakwa telah menunjukkan lemang yang beli di dalam bekas plastik kepada peniaga lemang iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun tetapi peniaga itu tidak mahu melihatnya.”
“Peniaga tersebut kemudian membelah satu daripada lemang yang dibeli mangsa dan menunjukkan lemang tersebut masak sepenuhnya sebelum berlaku pergaduhan mulut antara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata peniaga berkenaan dikatakan bertindak memukul mangsa dengan buluh lemang di bahagian telinga kiri dan terkena pada tangan kanan sebelum mangsa beredar meninggalkan gerai.
Katanya siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana peniaga itu mendakwa mangsa mencampak lemang yang dikatakan tidak masak dalam bekas plastik kepadanya dan mahu menularkan video kejadian yang dirakam agar orang ramai tidak datang ke gerai tersebut.
Christopher berkata selain itu, peniaga berkenaan juga mendakwa mangsa telah membalingnya dengan plastik berisi lemang yang dibeli sehingga menyebabkannya berang.
Beliau berkata peniaga itu ditahan di tepi Jalan Kota, di sini kira-kira 12.15 tengah malam pada Sabtu dan kemudian dilepas dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan.
“Kes masih disiasat lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.
Semalam tular menerusi media sosial video berdurasi 29 saat yang memaparkan tindakan seorang peniaga lemang memukul lelaki warga emas dengan buluh lemang selain mengeluarkan kata-kata kesat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.