Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PECAH TRADISI, MASJID SUMBANG DUIT RAYA SYILING DUA GENGGAM

DALAM NEGARA

PECAH TRADISI, MASJID SUMBANG DUIT RAYA SYILING DUA GENGGAM

Masjid Kariah Desa Anggerik di Juasseh mencipta kelainan tersendiri dengan memberi duit raya kepada kanak-kanak dalam bentuk syiling yang diletakkan dalam dulang.

KUALA PILAH: Masjid Kariah Desa Anggerik di Juasseh mencipta kelainan tersendiri dengan memberi duit raya kepada kanak-kanak dalam bentuk syiling yang diletakkan dalam dulang.

Menurut pengerusi masjid itu, Nasarudin Zainal, kanak-kanak boleh mengambil duit raya sebanyak dua genggam tangan dan nilainya bergantung kepada jumlah yang berjaya diambil.

“Duit syiling kita banyak hasil sumbangan orang ramai dalam tabung masjid. Anggarannya lebih kurang RM550, kita beri peluang kepada kanak-kanak sehingga umur 12 tahun ambil duit raya dalam dulang selepas selesai solat dan khutbah Hari Raya Aidilfitri.

“Aktiviti ini diadakan secara suka-suka sahaja bagi menceriakan suasana pagi Syawal selain menggalakkan kanak-kanak untuk datang ke masjid,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Idea pemberian duit syiling itu tercetus selepas mereka mendapati ada orang yang membuat sumbangan dalam tabung masjid termasuklah wang kertas.

“Hanya wang kertas kita gunakan untuk pelbagai urusan. Kita sepakat jadikan wang syiling ini sebagai duit raya sekali gus memberi manfaat kepada anak kariah.

“Ini kali pertama kami mengadakan acara seperti ini. Selain duit syiling itu, wang kertas turut diberikan kepada kanak-kanak sebagai tambahan,” katanya.

Sementara itu, seorang kanak-kanak, Ainnur Qayla Mardhiyya Mohd Farid, 7, seronok mendapat duit raya sebanyak RM13 hasil genggaman dua tangannya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading