Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU BAS BERTEMBUNG MYVI MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

PEMANDU BAS BERTEMBUNG MYVI MENINGGAL DUNIA

Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada Jumaat lalu, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini pagi tadi.

KUALA TERENGGANU: Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada Jumaat lalu, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, mangsa Nik Nordin Josih, 51, yang berasal dari Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan dilaporkan meninggal jam 4.02 pagi.

Mangsa sebelum ini menerima rawatan di hospital sama kerana mengalami kecederaan pada bahagian limpa dan patah kaki kiri.

Nahas dua kenderaan itu sebelum ini meragut nyawa pasangan suami isteri, Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan isterinya, Siti Faridaf Ahmad, 46, selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres berkenaan.

Manakala anak pasangan itu, Che Ku Batrisya, 18, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, pemandu bas ekspres berusia 51 tahun serta lapan penumpang bas mengalami kecederaan.

Jumaat lepas, kereta Perodua Myvi dinaiki pasangan itu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 21, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di Sungai Ikan, di sini kira-kira 12.45 tengah hari.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading