PENINGKATAN KOS HAJI DISEBABKAN BEBERAPA FAKTOR – ZULKIFLI
Aspek pertukaran mata wang, kesan daripada pandemik COVID-19 dan cukai nilai tambah (VAT) adalah antara faktor peningkatan kos haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Haji di Masjid Qaryah Paroi Jaya hari ini. –fotoBERNAMA
SEREMBAN: Aspek pertukaran mata wang, kesan daripada pandemik COVID-19 dan cukai nilai tambah (VAT) adalah antara faktor peningkatan kos haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Beliau berkata bagaimanapun, kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah ketika ini.
“Jika melihat pada perkembangan ekonomi dunia, kita terpaksa meningkatkan kos itu, namun TH dan kerajaan cuba memastikan kos ditanggung para jemaah tidak membebankan selain turut memberikan bantuan kewangan sangat besar kepada para jemaah tahun ini.
“Dalam kalangan B40, Tabung Haji memberi peruntukan lebih 63 peratus dibantu lagi dengan RM1,000, manakala M40 (42 peratus), ini menunjukkan bagaimana kerajaan dan Tabung Haji telah berusaha bantu meringankan beban jemaah tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Asas Haji dan Kenduri Masjid 2024 di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, TH mengumumkan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat itu tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu tahun ini ditetapkan pada RM12,356, M40 (RM19,152), manakala bagi kumpulan T20, mereka akan dikenakan bayaran penuh kos iaitu RM33,300 seorang.
Sementara itu, Hamidah Payun, 61, yang bakal menunaikan haji tahun ini berkata kenaikan kos pada tahun ini adalah satu keputusan yang wajar dilakukan oleh Tabung Haji dan kerajaan memandangkan pelbagai kos perbelanjaan semakin meningkat setiap tahun.
“Pada saya, kenaikan kos itu tidak menjadi masalah dan masih berpatutan, kalau kita lihat sekarang semua kos meningkat, jadi wajarlah ada peningkatan,” katanya yang menabung di TH sejak 2008 hasil duit pemberian suami setiap bulan.
Bagi pesara swasta, Zulkifli Dahlan, 60, dia telah menjangkakan kenaikan kos haji kerana kos untuk menunaikan ibadah umrah juga meningkat sejak beberapa tahun ini.
“Dulu, saya pergi umrah pada 2019, kos berjumlah RM6,000 kemudian saya pergi lagi pada tahun lepas telah naik RM8,500 … jadi ia bukan satu isu, peningkatan kos itu memang akan berlaku, saya rasa negara lain kos mereka lagi tinggi berbanding negara kita,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests