PENJUALAN VAPE MENYERUPAI PERMAINAN KANAK-KANAK BERLELUASA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesal berhubung aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan produk rokok elektronik (vape) menyerupai permainan kanak-kanak atau “Tiger Pod” yang kini semakin berleluasa.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesal berhubung aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan produk rokok elektronik (vape) menyerupai permainan kanak-kanak atau “Tiger Pod” yang kini semakin berleluasa.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya mengambil berat berkenaan isu tersebut selepas tular penjualan produk tersebut di hadapan sebuah sekolah.
“Perkara tersebut sangat membimbangkan ibu-bapa serta guru kerana produk tersebut direka sehingga menarik perhatian kanak-kanak dan remaja untuk menggunakannya.
“Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila ‘vape’ ini menggunakan cecair bernikotin yang penjualannya adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zaliha berkata, pengedaran dan pembekalan sebarang persediaan mengandungi nikotin memerlukan pendaftaran dan kelulusan sebagai ubat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952.
“Menyedari bahawa Akta Racun 1952 tidak mempunyai peruntukan terhadap larangan aktiviti promosi dan pengiklanan cecair ‘vape’, maka peruntukan tersebut telah dimasukkan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang lebih bertujuan mengawal selia penghasilan produk tersebut.
“Ia telah pun dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen Ogos 2022 dan pelaksanaan terhadapnya masih tertangguh hingga kini,” katanya lagi.
Ujarnya, penyelesaian terhadap penjualan produk yang boleh membahayakan kesihatan generasi muda itu memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan lain.
Zaliha turut menegaskan pengusaha-pengusaha ‘vape’ harus mengambil sikap bertanggungjawab dalam menghasilkan produk mereka.
“Ibu-bapa juga diminta terus memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terjebak dalam amalan yang boleh merosakkan kesihatan mereka.
“KKM juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, universiti awam dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan dalam aktiviti advokasi dan pencegahan bagi memastikan pendidikan berterusan berkaitan bahaya merokok dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked