SUSPEK KES PENEMUAN MAYAT DALAM SEMAK DITAHAN

Gambar kecil: Zarina

MARANG: Polis telah berjaya menahan suspek yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan seorang mayat wanita di dalam kawasan semak di Kampung Alor Gali, Marang.

Mayat wanita itu sebelum ini ditemukan di kawasan terbabit pada 19 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Deris berkata suspek yang ditahan akan direman di Mahkamah Majistret Marang esok.

“Melalui penahanan suspek, polis telah berjaya menyelesaikan kes ini dengan masa tidak sampai satu minggu.

“Satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat berhubung kes tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Mohd Zain berkata mayat wanita itu telah disahkan sebagai Zarina Mukhtar, 57 tahun.

Pengesahan itu dibuat berpandukan padanan rekod cap jari yang tersimpan di Jabatan Pendaftaran Negara. – AlHijrah Online

Leave a Reply