Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL BERHENTI TENGAH JALAN ALAMI MASALAH MENTAL

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL BERHENTI TENGAH JALAN ALAMI MASALAH MENTAL

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal yang tular menerusi satu rakaman video di Jalan Tuanku Abdul Rahman didapati mengalami masalah mental.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pihaknya mengesan individu itu selepas videonya memberhentikan motosikal di tengah jalan, tular di media sosial.

Bertindak ke atas aduan terbabit, Unit Risikan JSPT Kuala Lumpur mengesan penunggang motosikal terbabit dan mengesahkan individu terbabit adalan lelaki berusia 40-an dan mengalami masalah kesihatan mental.

JSPT Kuala Lumpur dalam pada itu memohon kerjasama orang ramai untuk membuat laporan dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sekiranya melihat perbuatan dan aksi berbahaya di jalan raya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading