PENYAKIT DEMAM BABI AFRIKA DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.
Suasana di sekitar sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A yang dikesan terdapat penyakit Demam Babi Afrika (ASF) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan hari ini. Sumber Gambar: BERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata pengesanan penyakit itu, hasil pengesahan sampel ke atas dua ekor daripada 275 ekor babi di ladang tidak berlesen itu, semalam.
Beliau berkata JPVNS mengambil langkah awal dan proaktif dengan menyita kawasan tersebut, selain anggota polis dan petugas jabatan itu turut membantu meningkatkan pemantauan sekitar lima kilometer dari lokasi berkenaan, bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk ternakan.
“Pihak kami menerima maklumat mengenai penyakit itu pada Khamis lepas, sebelum JPVNS bertindak mengambil sampel pada dua haiwan tersebut dan keputusan yang diterima pada petang semalam mendapati ia positif ASF.
“Kita tidak mendapat kerjasama daripada penternak di ladang tersebut berhubung bagaimana haiwan itu dijangkiti, tetapi menerusi maklumat yang tidak dapat disahkan lagi, jangkitan kemungkinan susulan kemasukan haiwan berkenaan dari Perak dan siasatan masih dijalankan,” katanya.
Menurut Bakri semua ternakan tersebut akan dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan, selain penternak terlibat berdepan tindakan undang-undang kerana sebelum ini notis telah diberikan kepada kira-kira 20 ladang ternakan haiwan tersebut, supaya menghentikan pengoperasian sebab tidak berlesen.
“Penternak di kawasan itu sepatutnya mengambil pengajaran daripada kes virus Nipah yang pernah menjangkiti ternakan babi, sehingga menyebabkan lebih 100 kematian penduduk pada 1999.
“Bagi pembeli, mereka juga dinasihatkan lebih berwaspada sekiranya mendapat tawaran harga rendah bagi penjualan daging babi di mana-mana pasar raya dan pasar,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah JPVNS Dr Redzuan Ibrahim menjelaskan ASF tidak menjangkiti manusia dan jangkitan hanya terhad dalam kalangan spesies haiwan itu sahaja.
“ASF berbeza dengan virus Nipah, namun kadar merebaknya sangat cepat dan memudaratkan kepada ternakan babi yang lain. Jangkitan ini boleh dibawa daripada lalat atau anggota badan babi yang dijangkiti ASF.
“Apabila ternakan yang sakit ini disembelih, daging dan darahnya boleh merebak ke ladang-ladang yang lain. Selain itu juga ia boleh menyebabkan kematian yang tinggi dalam kalangan haiwan itu sekitar 70 hingga 80 peratus,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager