PENYELAM REMAJA WARGA BELANDA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

MERSING: Penyelam remaja warga Belanda Nathen Renze Chesters, 14, yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas, disahkan telah meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata perkara itu disahkan sendiri oleh bapa mangsa Adrian Peter Chesters.

“Pihak Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim¬†(MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi membantu mencari remaja terbabit yang dipercayai telah meninggal dunia dan hanyut ke perairan Indonesia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.¬†

Beliau berkata APMM telah menamatkan Op Carilamat pada 1.30 tengah hari tadi susulan penemuan tiga daripada empat penyelam yang hilang.

Pada Rabu lepas, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini.

Bagaimanapun, jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung lengkap dengan pakaian dan peralatan menyelam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi Khamis lepas.

Adrian Peters, 46, yang merupakan warga British, dan Alexia Alexandra Molina, 18, seorang warga Perancis, pula ditemukan¬†selamat oleh nelayan tempatan pada kira-kira 1 pagi.–AlHijrah Online

Leave a Reply