PERCIKAN API KERJA KIMPALAN PUNCA LETUPAN GUDANG BUNGA API DI NARATHIWAT
Percikan api daripada kerja-kerja kimpalan dipercayai punca kepada letupan kuat di sebuah gudang mercun dan piroteknik di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan 117 yang lain.
NARATHIWAT: Percikan api daripada kerja-kerja kimpalan dipercayai punca kepada letupan kuat di sebuah gudang mercun dan piroteknik di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan 117 yang lain.
Letupan pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan) di Mundok, Sungai Kolok memusnahkan lebih 200 rumah dan kedai, serta 15 kenderaan. Jumlah kerugian dianggarkan 100 juta baht.
Setakat ini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan itu.
Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn berkata sembilan terbunuh dalam kejadian itu termasuk seorang bayi berusia lapan bulan, kakaknya 4 tahun dan ibu mereka berusia 28 tahun.
Selain itu, beliau berkata seorang wanita warga Indonesia berusia 36 tahun adalah antara 117 yang cedera dalam kejadian itu.
“Siasatan awal menunjukkan bahawa percikan api daripada kerja-kerja kimpalan bagi memasang kabinet baharu di situ, dipercayai menyebabkan letupan.
“Lebih 365 keluarga terjejas akibat letupan itu. Kerajaan akan memberi pampasan kepada keluarga yang anggota keluarga mereka terkorban dalam kejadian itu dan mereka yang cedera,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata tujuh daripada mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad pada malam Jumaat, manakala identiti dua lagi masih menunggu keputusan ujian DNA.
Sanan berkata 10 lagi mangsa yang mengalami kecederaan masih menerima rawatan di Hospital Sungai Kolok.
“Lebih 1,000 sukarelawan dan pegawai berada di lapangan membantu penduduk tempatan membersihkan serpihan akibat letupan itu,” katanya.
Gudang itu dilaporkan menyimpan sejumlah besar bahan letupan. Foto dan video menunjukkan letupan itu memusnahkan kawasan besar di sekeliling gudang.
Sementara itu, Panglima Wilayah Tentera Keempat, Lt Jen Santi Sakuntanark berkata pasukan petugas khas (pasukan siasatan khas) ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.
“Kami akan memanggil pemilik gudang sebaik dia pulang dari luar negara,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked