Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGUMUMAN ZAHID DI TERENGGANU TIADA KAITAN DENGAN PRN – PM

DALAM NEGARA

PENGUMUMAN ZAHID DI TERENGGANU TIADA KAITAN DENGAN PRN – PM

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung peruntukan kepada golongan belia di Terengganu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung peruntukan kepada golongan belia di Terengganu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata pengumuman itu telah dibuat sebelum hari penamaan calon semalam.

“Ada orang cadang jangan buat pengumuman langsung mengenai peruntukan itu, ini tidak boleh kerana saya adalah Perdana Menteri, perlu jaga negara dan semuanya. Kalau penting, maka kita umum.

“Tetapi saya sudah memberitahu tidak boleh guna jentera negeri dan tidak boleh khusus dijadikan kempen pada PRN ini mulai semalam hingga hari pengundian. Itu adalah keputusan Jemaah Menteri,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyelar tindakan Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan kepada tiga persatuan belia di Terengganu dengan syarat mengundi calon PH serta Barisan Nasional (BN), yang disifatkan sebagai satu bentuk rasuah menjelang PRN.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, mengumumkan peruntukan terbabit semasa merasmikan Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah pada 28 Julai lepas.

Ia termasuk peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan RM200,000 kepada Majlis Belia Malaysia Terengganu bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di negeri berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading