HAMILTON: Perintah pemindahan yang dikeluarkan Israel kini meliputi kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Arahan terbaharu ini dikeluarkan di tengah-tengah gelombang serangan udara yang semakin ganas, mengorbankan ratusan nyawa sejak beberapa hari lalu.
“Semalam, pihak berkuasa Israel mengeluarkan satu lagi arahan pemindahan di Rafah, meliputi kira-kira dua peratus daripada kawasan itu dan menjejaskan lima kejiranan.
“Dengan arahan terbaharu ini, kawasan yang diarahkan untuk pemindahan pada minggu lalu, kini meliputi sekitar 14 peratus daripada Gaza, termasuk zon larangan di sepanjang sempadan dan koridor Netzarim,” kata Jurucakap PBB, Stephane Dujarric kepada wartawan.
Memetik laporan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Dujarric berkata sekurang-kurangnya 124,000 penduduk kehilangan tempat tinggal, dengan ramai yang terpaksa berpindah ke kawasan Mawasi dengan berjalan kaki.
“Sebilangan besar penduduk dilaporkan mencari perlindungan di hospital,” katanya.
Situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing.
“Kira-kira 90 peratus daripada penduduk yang ditemu bual berkata mereka tidak mempunyai akses mencukupi kepada air bersih, malah ada yang terpaksa bertahan selama beberapa hari tanpa dapat membasuh tangan,” katanya.
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada 18 Mac, mengorbankan sekurang-kurangnya 730 orang dan mencederakan hampir 1,200 yang lain, menamatkan gencatan senjata serta perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa sejak Januari lalu.
Sejak Oktober 2023, lebih 50,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ketenteraan Israel yang berterusan, manakala lebih 113,200 lagi dilaporkan cedera. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager