Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERKEMAS, TAMBAH BAIK OPERASI PENGURUSAN SIJIL HALAL – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

PERKEMAS, TAMBAH BAIK OPERASI PENGURUSAN SIJIL HALAL – MOHD NA’IM

Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia diminta memperkemaskan serta menambah baik operasi pengurusan pensijilan halal Malaysia.

KUALA LUMPUR: Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia diminta memperkemaskan serta menambah baik operasi pengurusan pensijilan halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pengukuhan pensijilan halal di peringkat domestik perlu dilakukan bagi merancakkan perkembangan industri halal.

“Kedua-dua bahagian tersebut merupakan tonggak yang menguruskan pensijilan halal Malaysia.

“Antara usaha yang boleh dibuat adalah dengan memperkasa kesedaran dan pendidikan halal; meningkatkan kepatuhan industri; dan memperkukuh jalinan kerjasama industri,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan Sektetariat Majlis Halal Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir dalam majlis yang sama Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimi, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Ustaz Mohamad Zamri Shapik dan Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Marzuki Hassan.

Mohd Na’im turut mengingatkan pegawai dan kakitangan untuk sentiasa menjaga integriti dan kepatuhan dalam tatakelola pentadbiran yang mesti dipelihara setiap masa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading