Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MAUT MOTOSIKAL HILANG KAWALAN

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MAUT MOTOSIKAL HILANG KAWALAN

Seorang maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas sebelum dilanggar tiga motosikal yang lain dari arah belakang, di kuantan, tengah malam Khamis.

Sumber Gambar: FB Polis Trafik Kuantan

KUANTAN: Seorang maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas sebelum dilanggar tiga motosikal yang lain dari arah belakang, di sini, tengah malam Khamis.

Kejadian jam 11:00 malam itu berlaku di Kilometer 191.5 Lebuhraya Pantai Timur1 (LPT1) melibatkan mangsa maut Muhammad Zul Harif Aizil Mohd Zulazreen, 21, yang menghala ke Kuantan dari Maran.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.

“Apabila tiba dilokasi, motosikal ditunggang Muhammad Zul Harif Aizil dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum dilanggar oleh tiga motosikal yang lain dari arah belakang.

“Akibat kemalangan itu tiga lagi penunggang motosikal lain mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hopital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan mangsa cedera turut dirawat di hospital sama.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading