Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERUNTUKAN RM11.33 JUTA BAGI IHYA’ RAMADAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

DALAM NEGARA

PERUNTUKAN RM11.33 JUTA BAGI IHYA’ RAMADAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Persekutuan Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM11.33 juta bagi program Ihya’ Ramadan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada 790 buah masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Sebanyak RM9.23 juta dana zakat diperuntukkan yang akan disalurkan, RM15 ribu bagi setiap masjid; RM12.5 ribu bagi setiap surau Jumaat; RM11 ribu bagi setiap surau biasa,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil serta Amil Zakat Fitrah tahun 2021.

Dalam masa yang sama, program Dapur It’am akan diteruskan dalam bulan Ramadan yang diperuntukkan sebanyak RM2.1 juta bagi 24 buah masjid dan 46 buah surau yang terpilih dalam Wilayah Persekutuan, katanya.

Sementara itu, Zulkifli memaklumkan kadar zakat fitrah wajib bagi Wilayah Persekutuan bagi tahun 2021 telah ditetapkan sebanyak RM5.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading