PERUNTUKAN RM57.88 JUTA UNTUK PERSEDIAAN SEKOLAH

Kuala Lumpur: RM57.88 juta diperuntukkan bagi menyediakan peralatan, bahan keselamatan dan kebersihan bagi sekolah di seluruh negara dalam mengekang penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin berkata, peruntukan tambahan akan disediakan andai terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

“Pihak sekolah menyediakan peralatan seperti alat pengimbas suhu badan, sanitasi tangan dan sabun pencuci tangan untuk warga sekolah”, katanya.

Tambahnya, peruntukan akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bagi tujuan tersebut.

Dr. Radzi menjawab ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang bertanya tentang mekanisme penyediaan dan pembekalan bahan pencuci tangan di semua sekolah bagi mencegah ancaman COVID-19 serta jumlah peruntukan yang disediakan.

Dr. Radzi berkata, keutamaan diberikan kepada aspek keselamatan dan kesihatan murid, guru serta kakitangan sepanjang berada di sekolah. – AlHijrah Online/Abdul Hakim Hasan

Leave a Reply