PESAWAT TEMPUR GEMPUR KAWASAN PEMBERONTAK DI UTARA SYRIA

DAMSYIK: Pesawat tempur tidak dikenali telah memusnahkan kawasan pemberontak di daerah Aleppo di utara Syria semalam, demikian laporan TV tempatan.

Agensi Berita Xinhua yang memetik TV berkenaan melaporkan pesawat tempur menyerang bandar al-Bab dan kawasan al-Rai di pedalaman timur laut Aleppo, tanpa memberikan butiran lanjut.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights, pesawat tempur yang tidak diketahui itu terbang melintasi kawasan dikuasai pemberontak yang disokong Turki di pinggiran Aleppo, di mana enam ledakan didengari akibat serangan udara.

Sementara itu, laporan Kurdish menyatakan pakatan diketuai Amerika Syarikat menyerang 11 kedudukan pemberontak berhampiran al-Bab dan al-Rai.

Ia tidak diketahui apakah sasaran sebenar serangan itu. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply