Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKK/YPG CABULI GENCATAN SENJATA ZON SELAMAT UTARA SYRIA

DUNIA

PKK/YPG CABULI GENCATAN SENJATA ZON SELAMAT UTARA SYRIA

ANKARA: Kumpulan militant PKK/YPG mencabul gencatan di zon selamat yang dipersetujui Amerika Syarikat sebanyak 20 kali sejak gencatan senjata 17 Oktober lalu, demikian menurut Kementerian Pertahanan Turki.

Kementerian Pertahanan Turki berkata, seorang tenteranya terkorban dan seorang lagi cedera diserang pengganas PKK/YPG ketika melakukan rondaan di wilayah Tal Abyad di timur Sungai Euphrates.

Pasukan tentera bertindak balas terhadap serangan pengganas itu sejajar dengan hak mempertahankan diri, kata kenyataan kementerian itu dipetik agensi berita Anadolu hari ini.

Turki melancarkan Operasi Peace Spring pada 9 Oktober lalu bagi menghapuskan pengganas di kawasan utara Syria bagi memastikan keselamatan sempadan Turki, membantu kepulangan pelarian Syria dan integriti wilayah itu.

Pada 17 Oktober lalu, Turki menghentian operasi itu selama 120 jam bagi memberi ruang kepada pengganas YPG/PKK berundur dari zon selamat itu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Naib Presiden AS, Mike Pence bersetuju Turki mewujudkan zon selamat sepanjang 32 kilometer di selatan Turki bersempadan dengan Syria.

Ankara mahu kawasan timur laut Syria yang bersebelahan timur Sungai Euphrates itu dibersihkan daripada YPG/PKK.

Kumpulan pengganas itu bertanggungjawab di atas kematian lebih 40,000 mangsa, termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi, sepanjang 30 tahun kempen keganasannya ke atas Turki. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading