PROTES DI LUBNAN: PARTI KRISTIAN KELUAR KERAJAAN
BEIRUT: Parti Maronite Kristian bertindak keluar dari Kerajaan Lubnan di tengah-tengah protes rakyatnya terhadap rancangan kabinet campuran untuk menaikkan cukai.
Ketua Lebanese Forces Party, Samir Geagea dalam ucapannya yang disiarkan televisyen lewat malam Sabtu berkata, empat menterinya meletakkan jawatan.
“Kerajaan semasa gagal mengambil langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan negara,” kata Geagea dipetik agensi berita Anadolu.
Beliau berkata partinya meminta menterinya untuk melepaskan jawatan dalam usaha pembentukan kerajaan baharu.
Ribuan rakyat Lubnan memprotes di jalanan untuk hari ketiga selepas kerajaan merancang mengenakan bayaran ke atas Whatsapp dan aplikasi berkaitan.
Lubnan mempunyai hutang USD86.2 bilion bagi suku pertama tahun ini antara yang tertinggi di dunia.
Keadaan diburukkan dengan kadar pengangguran dalam kalangan belia yang tinggi menyebabkan rakyat makin tertekan.
Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri menyalahkan rakannya di dalam kerajaan kerana menghalang reformasi ekonomi yang mungkin menyelesaikan krisis selain memberi 72 jam kepada pihak terbabit daripada menghalangnya, atau beliau akan meletakkan jawatan.
Ketua Hesbollah, Hassan Nasrallah pada Sabtu berkata pihaknya tidak bersetuju dengan peletakan jawatan cabinet itu. – Terjemahan AlHijrah Online