Resam orang berjuang adalah untuk diuji dan
perjuangan di ceruk mana sekalipun bermula dengan sebuah tekad.
Dari tekad ia menjadi bisikan, dari bisikan berubah menjadi seruan, dari seruan menjadi aksi dan tindakan sehinggalah ke akhir kalam perjuangan.
Filem Geran adalah yang seumpamanya.
Ia bermula dari tekad dan protes seorang
sutradara muda, Areel Abu Bakar yang percaya bahawa seni bela diri warisan
Melayu dan seangkatannya itu, mampu diangkat ke layar perak.
Tekadnya adalah sebagai seorang pesilat dan protesnya adalah sebagai anak seni apabila elit dan pembesar perfileman merasakan filem aksi persilatan tidak akan mendapat sambutan penonton.
Geran juga adalah tekad pelabur di belakang
Layar Pictures untuk mengumpulkan sekitar RM700,000 untuk menghasilkan filem
kerdil itu. Bukan seorang tetapi lima penerbit yang percaya tekad sutradara
muda itu, termasuk isteri tercinta.
Ia juga tekad barisan pelakon dan kru
produksinya yang bekerja selama 36 hari penggambaran dengan kekangan bajet
tanpa sebarang sokongan.
Setiap aksi stunt dilakukan sendiri, malah penulis difahamkan barisan pelakon tidak menerima bayaran. Manifestasi kita pulang bila menang!
Tanpa nama besar kecuali Namron yang membawakan
watak Pak Nayan, Geran dibarisi pelakon baru yang majoritinya adalah pesilat
sejati termasuk seorang srikandi Feiya Tajudin yang membawa watak Fatimah, si
kakak yang tegas tetapi menyayangi adiknya, Mat Arip (Fad Anuar).
Lakonan Koharullah Majid yang membawa watak Ali, anak sulung Pak Nayan, seharusnya menerima pujian, tidak kekok, malah amat meyakinkan terutama dalam babak pertempuran dengan lawan yang mendebarkan.
Kemunculan Datuk Raja Majid Md Isa iaitu Guru Utama Pusaka Gayong dalam filem ini pula tentunya menyentuh hati pengamal-pengamal ilmu persilatan, khususnya anak-anak Gayong.
Penulis percaya, hati seluruh barisan pelakon dan kru produksi menjadi satu bahawa seni persilatan adalah layak, setanding dan mampu menarik malah meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Jika tidak orang lain pun, penulis antara penonton yang terkesan dengan aksi dan setiap pengajaran yang tersirat dalam naskah Geran.
Jujurnya penulis tidak menyedari tentang filem ini. Asalnya mahu menonton filem Joker untuk kali kedua di pawagam.
“Nak tengok Joker atau Geran bro, tapi Fauziah Nawi kata kita wajib tengok filem ini,” kata sahabat yang percaya naskah filem itu bukan sekadar karya komersial sebaliknya cerminan masyarakat.
Lalu kami beli tiket Geran dan meluangkan masa sekitar sejam 40 minit untuk menonton filem drama aksi persilatan ini dan dipendekkan cerita, filem Geran tidak mengecewakan.
Jika Tony Jaa mengangkat Tomoi dan Ip-Man membawa Wing Chun kepada dunia, maka Geran adalah filem yang membawa seni silat ke mata dunia!
Geran memenuhi segalanya sebagai sebuah filem drama aksi. Setiap buah pukulan, kunci, kekuda dan senjata yang diguna adalah lambang maruah bela diri anak bangsa yang terpinggir dari sisi sebahagian anak muda era revolusi digital.
Penulis merasa cukup terharu, malah ada ketikanya
merasa amat sebak kerana terpaksa menunggu terlalu lama untuk karya berkualiti sebegini
diangkat ke layak perak.
Walaupun Geran jauh dari kesempurnaan terutama dari aspek teknikal, ia adalah sebuah naskah meyakinkan yang mampu menambat hati penonton dengan syarat sampai ke pengetahuan ramai.
Realitinya, ujian Geran masih berlarutan. Kekangan
kewangan menyebabkan filem ini tidak ditayangkan dengan meluas sebaliknya di
pawagam-pawagam terpilih. (Boleh rujuk FB Filem Geran)
Malah di saat artikel ini ditulis, penulis difahamkan Facebook mengenakan sekatan terhad kepada laman FB Filem Geran atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Setiap posting mereka yang dulunya meraih purata 29,000 view kini hanya tinggal sekitar purata 7,800 view setiap posting.
Geran bukan sekadar filem aksi, ia adalah filem yang sarat dengan dakwah dan pengajaran kepada generasi muda untuk menghargai dan mempercayai jati diri dan warisan bangsanya.
Naskah ini menyelitkan pengajaran dalam peribahasa, mutiara kata & ayat al Quran di dalamnya. Ia menceritakan permasalahan dalam keluarga dan masyarakat serta bagaimana persoalan pokok mengenai kebenaran yang akan mengatasi yang batil.
Persoalan Pak Nayan dan Haji Daud dalam filem
Geran bukan hanya berlaku dalam kalangan orang Melayu, tapi seluruh ras dan
bangsa di negara ini.
Persoalan mereka yang tamak dan mengambil kesempatan, isu gelojak darah anak muda hilang arah, kasih sayang seorang abang kepada adik, ketegasan seorang kakak membela harta pusaka, kepercayaan seorang bapa kepada anaknya, ketenangan pendekar bergantung pada tali Allah dan kesatuan masyarakat membela, ditonjolkan dalam Geran.
Ditayangkan bermula 10 Oktober lalu, filem Geran kini memasuki pecutan terakhir di pawagam. Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga pesilat yang mempertahankan geran tanah pusaka mereka.
Akhirnya (sepertimana terkandung dalam naskah Geran), jika kita tahu apa yang kita cari, usahlah terlalu gundah dengan urusan dunia ini kerana pertolongan dari Dia tak akan pernah terhalang. Yang Hak Akan Mengatasi Yang Batil. – AlHijrah Online
Penulis adalah Editor AlHijrah Online yang percaya kepada kata-kata Bung Karno bahawa bangsa yang tidak percaya kekuatan dirinya sebagai suatu bangsa, tidak akan dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager