Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPB SELANGOR, KL & PUTRAJAYA: KEGIATAN EKONOMI BEROPERASI SEPERTI BIASA

DALAM NEGARA

PKPB SELANGOR, KL & PUTRAJAYA: KEGIATAN EKONOMI BEROPERASI SEPERTI BIASA

PM: Malaysia Lanjutkan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dua Minggu Lagi

KUALA LUMPUR: Semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan.

Tambahnya, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
pusat rekreasi adalah ditutup.

Ismail Sabri memaklumkan semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan juga tidak dibenarkan.

Buat sementara waktu, masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain juga ditutup untuk mengekang pandemik COVID-19.

Kerajaan akan mengumumkan senarai SOP dengan lebih lanjut dan terperinci dalam masa yang terdekat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading