Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

105 KONTAK ZULKIFLI DI UKM NEGATIF COVID-19

DALAM NEGARA

105 KONTAK ZULKIFLI DI UKM NEGATIF COVID-19

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memaklumkan seramai 105 kakitangan dan pelajarnya yang menjadi kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disahkan negatif COVID-19.

Lapor Berita Harian, berdasarkan kenyataan dalaman dikeluarkan UKM, ujian saringan pertama virus itu yang melibatkan 45 kakitangan universiti berkenaan pada 5 dan 6 Oktober lalu didapati negatif.

Sementara itu 60 pelajar yang menjalani ujian saringan pertama pada 6 Oktober lalu turut disahkan negatif, manakala tiga lagi pelajar masih menunggu keputusan.

Menurut laporan, meskipun ujian saringan negatif, kesemua pelajar dan kakitangan terlibat dikehendaki menjalani kuarantin sehingga tamat tempoh 14 hari.

“Ujian saringan kedua akan dilaksanakan semula kepada semua yang terbabit pada satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, Hulu Langat, Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh mengakibatkan tindakan tatatertib diambil oleh pihak pengurusan universiti ke atas individu yang ingkar,” jelas kenyataan dalaman itu yang dikeluarkan Jawatankuasa Tindakan Krisis UKM, hari ini.

Zulkifli sebelum ini menghadiri satu majlis di UKM pada 4 Oktober lalu untuk menyampaikan bantuan kepada pelajar, sehari sebelum beliau disahkan positif COVID-19.

Selain UKM, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Naib Canselornya, Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam satu kenyataan sebelum ini turut mengesahkan semua kakitangan universiti itu yang menjadi kontak rapat Zulkifli disahkan negatif COVID-19 hasil ujian saringan pertama. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading