Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANWAR TIBA DI ISTANA NEGARA

DALAM NEGARA

ANWAR TIBA DI ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sudah memasuki pintu 2 Istana Negara kira-kira jam 10.25 pagi tadi.

Beliau yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook beliau pagi tadi memohon agar dipermudahkan segala urusan hari ini.

Dalam satu sidang media pada 23 September 2020, Anwar memaklumkan beliau kini mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga memaklumkan sudah diperkenan untuk menghadap Al-Sultan Abdullah pada 22 September 2020, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada ketika itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading