PKPP: AKTIVITI DI PUB, KELAB MALAM DAN PUSAT REFLEKSOLOGI ANTARA KESALAHAN DI KESAN

KUALA LUMPUR: Seramai 63 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 56 daripadanya melibatkan aktiviti di pub, kelab malam, dan pusat refleksologi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, baki tujuh individu yang ditahan semalam pula melibatkan aktiviti menyukarkan penjarakan sosial.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuklah aktiviti di pub dan kelab malam melibatkan 44 individu, aktiviti di pusat refleksologi 12 individu, dan aktiviti menyukarkan penjarakan sosial tujuh individu,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya.

Ismail berkata, 49 individu yang ditahan semalam juga telah direman manakala baki 14 individu telah dikenakan kompaun. – AlHijrah Online / Zaim Zamani

Leave a Reply