Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PLATFORM CARIAN NOMBOR PENGENALAN CUKAI BOLEH DIAKSES BERMULA HARI INI

DALAM NEGARA

PLATFORM CARIAN NOMBOR PENGENALAN CUKAI BOLEH DIAKSES BERMULA HARI INI

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan perkhidmatan carian Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bagi tujuan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang merangkumi aktiviti percukaian termasuk pelaksanaan e-invois.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan perkhidmatan carian Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bagi tujuan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang merangkumi aktiviti percukaian termasuk pelaksanaan e-invois.

Dalam kenyataan hari ini LHDN memaklumkan ia adalah selaras dengan pengumuman oleh kerajaan melalui Belanjawan 2025.

Menurut LHDN platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.

“Pembayar cukai boleh membuat carian TIN dengan memasukkan maklumat mengikut kategori bagi individu iaitu nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

“Bagi kategori selain individu pula, Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) atau nama pembayar cukai yang didaftarkan di LHDN bagi yang tidak mempunyai BRN,” menurut kenyataan itu.

Bagi memudahkan pelaksanaan e-invois, LHDN memaklumkan fungsi carian TIN itu juga disediakan melalui mekanisme antaranya portal Mylnvois dan Application Programming Interface (API) Mylnvois.

Maklumat lanjut berhubung penetapan fungsi carian TIN melalui API boleh didapati melalui Software Development Kit (SDK) Mylnvois.

LHDN memaklumkan bagi menyokong penggunaan MyDigital ID, akses carian TIN juga disediakan di portal MyTax dengan menggunakan pengesahan identiti MyDigital ID.

Fungsi itu hanya boleh digunakan oleh warganegara Malaysia sahaja.

Platform carian TIN melalui portal MyTax atau Myinvois pula hanya akan memaparkan satu TIN yang sepadan berdasarkan maklumat carian yang dimasukkan.

“LHDN juga menasihati pembayar cukai agar menggunakan fungsi carian TIN bagi tujuan yang diperuntukkan di bawah ACP 1967 sahaja.

“Mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 66A, ACP 1967,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading