Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGAWAI PBB: ISRAEL TOLAK LEBIH 140 PERMOHONAN AKSES KE UTARA GAZA

DUNIA

PEGAWAI PBB: ISRAEL TOLAK LEBIH 140 PERMOHONAN AKSES KE UTARA GAZA

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pihak berkuasa pendudukan Israel dilaporkan menolak lebih 140 permohonan PBB untuk memasuki utara Semenanjung Gaza dalam tempoh dua bulan lepas.

Sumber Gambar: AFP

NEW YORK: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pihak berkuasa pendudukan Israel dilaporkan menolak lebih 140 permohonan PBB untuk memasuki utara Semenanjung Gaza dalam tempoh dua bulan lepas, menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Wilayah Pendudukan (OCHA), Jonathan Whittall, pada Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa tentera pendudukan Israel terus melancarkan serangan udara di kawasan Jabalia dan sekitarnya, yang turut menyasarkan hospital serta petugas kesihatan.

Menurutnya lagi, PBB telah berusaha mendapatkan akses ke utara Gaza sejak dua bulan lalu, namun permohonan itu telah ditolak lebih 140 kali oleh pihak berkuasa Israel.

Whittall turut memaklumkan bahawa keluarga Palestin di kawasan Jabalia telah hidup di bawah kepungan Israel selama lebih dua bulan.

Pegawai PBB itu menegaskan bahawa rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa dari utara Semenanjung Gaza dari kawasan seperti Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahia hidup dalam keadaan yang sangat sukar di sekitar Bandar Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading