Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMA SYUKUR 2025 SEMPENA TAHUN BARU DI MASJID PUTRA BERMULA 6 PETANG ESOK

DALAM NEGARA

GEMA SYUKUR 2025 SEMPENA TAHUN BARU DI MASJID PUTRA BERMULA 6 PETANG ESOK

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menganjurkan Program Gema Syukur 2025 pada 31 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025 bermula pada 6.00 petang hingga 9.00 pagi di Masjid Putra Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menganjurkan Program Gema Syukur 2025 pada 31 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025 bermula pada 6.00 petang hingga 9.00 pagi di Masjid Putra Putrajaya.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata program itu merupakan inisiatif strategik agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama rakan strategik iaitu MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization, MyFundAction & Du’at Al-Falah.

“Selain itu, ia turut disokong oleh Masjid Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat. Penganjuran program sebegini adalah penzahiran iltizam agensi-agensi di bawah YB Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk terus memacu ummah dalam menyemarakkan syiar Islam di bumi Malaysia.

“Program Gema Syukur 2025 pasti membawa kelainan yang istimewa, menyerlahkan semangat baharu dan rasa syukur dalam menyambut tahun baharu yang bakal tiba dengan penuh makna,” katanya.

Empat objektif utama penganjuran Gema Syukur 2025 adalah yang pertama untuk menzahirkan tanda kesyukuran atas segala nikmat yang diperolehi sepanjang tahun dan kedua untuk memupuk kebersamaan dan mengeratkan semangat persaudaraan dalam kalangan komuniti setempat.

Ketiga ialah untuk membangkitkan semangat motivasi dan tekad mencapai kejayaan dengan azam tahun baharu dan yang terakhir bermunajat dan berdoa semoga negara Malaysia dijauhi dari segala musibah, bala bencana dan wabak penyakit.

Penganjuran program ini menjadi alternatif bagi masyarakat untuk mengimarahkan masjid melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat.

Lebih 1,000 mahasiswa dari pelbagai Universiti Awam dan Swasta di Malaysia dijangka hadir.

Antara pengisian Gema Syukur 2025 ialah Majlis Bacaan Yasin & Doa; ​Gema Cinta Rasul bersama kumpulan nasyid Inteam; Tadabbur Quran:International Quran Moment; Podcast “Jerat Nafsu”; Qiamullail; dan Forum “Demi Masa”.

Seramai 100 asnaf juga akan disantuni dengan penuh kasih, dan akan menerima sumbangan wang tunai RM200 (daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan), bakul makanan (daripada PPZ MAIWP & MAPIM), serta kit kebersihan (daripada MyFundAction), sebagai tanda harapan serta sokongan untuk mereka terus melangkah ke tahun yang baharu.

“Selain itu, lebih daripada 15 pilihan menu sarapan percuma akan disediakan untuk dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat yang hadir ke program ini.

“Pengunjung yang bertuah turut berpeluang menerima hadiah istimewa, termasuk Syiling Emas yang ditaja khas oleh YAPEIM (Official). Datanglah lebih awal untuk berqiamullail dan mendaftarkan diri bagi menjadi salah seorang insan yang bertuah,” katanya.

Oleh itu rakyat Malaysia khususnya yang berada di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sekitarnya adalah dijemput beramai-ramai untuk hadir ke Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 31 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025, bermula 6.00 petang – 9.00 pagi.

Sebahagian besar program juga akan disiarkan secara langsung di platform digital TV AlHijrah dan Berita AlHijrah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading