Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JOHOR KEMBALI DILANDA BANJIR, KELANTAN DAN TERENGGANU BERANSUR PULIH

DALAM NEGARA

JOHOR KEMBALI DILANDA BANJIR, KELANTAN DAN TERENGGANU BERANSUR PULIH

Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan pengurangan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Johor kembali dilanda bencana alam itu akibat hujan lebat petang ini.

Gambar ARKIB

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan pengurangan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Johor kembali dilanda bencana alam itu akibat hujan lebat petang ini.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir menurun kepada 623 orang setakat 4 petang ini berbanding 882 pagi tadi dan daripada jumlah itu 621 ditempatkan di sembilan PPS di Tanah Merah, sementara dua lagi di PPS di Kuala Krai.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.0 meter (m).

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa di daerah Besut menurun kepada 238 orang setakat 4 petang, berbanding 651 orang pada 8 pagi tadi.

Sementara itu, semakan di Portal Public InfoBanjir mendapati paras air di Sungai Telemong di Kuala Ping (F1), Hulu Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu melebihi paras amaran.

Di JOHOR, sebanyak 12 orang dari Kampung Baru Sungai Mas dalam daerah Kota Tinggi yang terjejas, kini ditempatkan di PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan paras Sungai Ulu Pontian Besar di Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai berada pada paras waspada dengan bacaan 11.49 m.

“Tiga daerah dilaporkan hujan petang ini iaitu Mersing, Kluang dan Tangkak, manakala empat daerah mendung iaitu Muar, Segamat, Kota Tinggi dan Kulai sementara keadaan di Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat cerah,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading