Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR DIHUBUNGI KETUA HAMAS, MALAYSIA NYATAKAN SOKONGAN KEPADA PALESTIN

DALAM NEGARA

PM ANWAR DIHUBUNGI KETUA HAMAS, MALAYSIA NYATAKAN SOKONGAN KEPADA PALESTIN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh melalui panggilan telefon bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam dan Malaysia menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin.

Dalam catatan di Facebook, Anwar juga memaklumkan Malaysia komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin yang memerlukan.

“Memandangkan keadaan teruk di Gaza, saya menyokong agar dihentikan siri pengeboman dan mewujudkan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.

“Israel juga perlu meninggalkan kepatuhan mereka terhadap rampasan kuasa politik, segera melakukan gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mencari resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan,” kata Anwar hari ini.

Perdana menteri juga berkata adalah amat penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini berbanding perkara lain.

Semalam ketika berucap di Dewan Rakyat, Anwar berkata tindakan tegas dan segera perlu dilakukan kerana jika dunia tidak berupaya melakukan apa-apa, bermakna dunia mengizinkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza di Palestin. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading