PENGANJUR SOKONG ISRAEL, KPM TARIK DIRI SERTAI PESTA BUKU FRANKFURT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 yang dijadual berlangsung di Frankfurt, Jerman bulan ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka pihak penganjur terhadap Israel.
“KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
“Keputusan yang diambil KPM adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Setakat hari ini lebih 2,800 telah terkorban di Gaza akibat serangan Israel sejak lebih seminggu lalu. — AlHijrah Online