Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR LAWAT MOHD NA’IM SAKIT DI HOSPITAL

DALAM NEGARA

PM ANWAR LAWAT MOHD NA’IM SAKIT DI HOSPITAL

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sempat meluangkan masa menziarahi Menteri di Jabatan Pedana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im di Hospital Putrajaya.

Mohd Na’im sebelum ini dimasukkan ke hospital terbabit bagi menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

“Terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang datang menziarahi saya petang ini di Hospital Putrajaya.

“Terima kasih kerana telah mendoakan kesembuhan buat saya. Semoga sedikit masa lagi, saya akan bertugas semula seperti biasa di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” kata Mohd Na’im dalam hantaran hari ini.

Prosedur pembedahan Mohd Na’im telah berlaku semalam dan beliau kini dalam fasa pemulihan.

Sebelum ini, doktor yang merawat Mohd Na’im telah membuat keputusan supaya salah satu kelenjar air liur dibuang bagi mengatasi kesakitan yang dialami menteri kabinet itu sepanjang minggu ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading