PM BANGGA BAHASA MELAYU DIMARTABAT DI PENTAS DUNIA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga selepas melihat bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia.

Ia selepas ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sam Lim menyampaikan ucapan sulungnya di Parlimen di Perth, Australia dalam bahasa Melayu.

Ismail Sabri menerusi ciapannya di Twitter turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Sam sebagai Ahli Parlimen Tangney.

“Bahasa Melayu bergema di bumi Australia. Saya bangga melihat bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh Sam Lim ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.

“Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat,” katanya hari ini.

Ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sam Lim menarik perhatian ramai apabila membuat ucapan sulungnya di parlimen negara itu menggunakan bahasa Melayu dan Cina.–AlHijrah Online

Leave a Reply