Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM UCAP TAKZIAH, SEDIA HULUR BANTUAN KEPADA LUBNAN

DALAM NEGARA

PM UCAP TAKZIAH, SEDIA HULUR BANTUAN KEPADA LUBNAN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut petang semalam waktu tempatan.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu, serta berdoa agar mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Malaysia bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh Lebanon,” kata Muhyiddin menerusi laman Facebook rasminya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana rakyat Malaysia yang berada di negara itu selamat.

Setakat ini lebih 100 orang dilaporkan terbunuh manakala kira-kira 4,000 mangsa cedera dalam kejadian letupan pagi tadi. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading