Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BUKA DUA KERTAS SIASATAN KES JUAL STOKING KALIMAH ALLAH

DALAM NEGARA

POLIS BUKA DUA KERTAS SIASATAN KES JUAL STOKING KALIMAH ALLAH

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima sebanyak 42 laporan polis dari seluruh negara berhubung isu tersebut.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan berhubung penjualan stoking tertulis kalimah Allah di Kedai Serbaneka KK Mart.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima sebanyak 42 laporan polis dari seluruh negara berhubung isu tersebut.

Katanya kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Kes tersebut disiasat bawah seksyen tersebut atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

“Kes tersebut turut disiasat di bawak Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

PDRM turut mengingatkan orang ramai untuk cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading