Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN REMAN WANITA DAKWA SUARA BILAL GANGGU KEJIRANAN, RUJUK PAKAR PSIKIATRI

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN REMAN WANITA DAKWA SUARA BILAL GANGGU KEJIRANAN, RUJUK PAKAR PSIKIATRI

GEORGE TOWN: Polis telah menahan reman seorang wanita bagi membantu siasatan susulan video tular dia memasuki ruang solat lelaki di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi, dan bertanya mengenai suara bacaan bilal serta imam yang didakwa terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata wanita warga emas itu direman selama empat hari bermula hari ini selepas dia diserahkan sendiri oleh keluarganya kepada pihak polis.

Tambahnya wanita itu akan dirujuk ke pakar psikiatri dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Kita terima tujuh laporan polis berkenaan kes tersebut, dan kita juga akan merujuk wanita berkenaan kepada pihak psikiatri sebelum sebarang tindakan lanjut kerana suspek seperti mempunyai masalah mental,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 10 malam, 12 Mac lalu.

Ketika kejadian wanita berkenaan datang sendirian semasa kebanyakan jemaah melakukan solat sunat witir serta hampir selesai beribadah.

Menurut Pengerusi Kariah Masjid, Ismail Din, kejadian itu adalah insiden kali ketiga wanita berkenaan meluahkan rasa tidak puas hatinya yang mana dua sebelum ini dilakukan menerusi kiriman surat kepada siak masjid.

​Katanya, wanita terbabit mendakwa laungan azan Subuh di masjid itu mengganggu jiran yang sedang tidur. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading