Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU LELAKI INTAI WANITA DI TANDAS STESEN MINYAK

DALAM NEGARA

POLIS BURU LELAKI INTAI WANITA DI TANDAS STESEN MINYAK

Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang didakwa mengintai seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak di Tapah semalam, seperti yang tular menerusi laman sosial.

IPOH: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang didakwa mengintai seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak di Tapah semalam, seperti yang tular menerusi laman sosial.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun yang menyedari telah diintai oleh seseorang melalui ruang atas tandas dalam kejadian pada 4.50 petang.

“Rakaman kamera litar tertutup mendapati lelaki yang belum dikenal pasti bangsanya dalam keadaan mencurigakan telah masuk ke dalam tandas wanita dan kemudian beredar menaiki kereta Toyota Avanza berwarna perak.

“Hasil semakan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Pusing, Perak.

“Usaha mengesan suspek dibuat berdasarkan kepada nombor kenderaan yang digunakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang) yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Semalam, video berdurasi 41 saat itu tular setelah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dalam kumpulan Tapah Club menunjukkan seorang lelaki berbaju putih memasuki tandas wanita setelah seorang wanita memasukinya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading