Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR LARI

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR LARI

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar lari oleh sebuah kenderaan di Kilometer 12.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Sumber Gambar: PDRM Subang Jaya

SUBANG JAYA: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar lari oleh sebuah kenderaan di Kilometer 12.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Dalam kejadian sekitar jam 5.12 pagi, mangsa berusia 29 tahun menuju Shah Alam menghala ke Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mendapati mangsa berada di lorong kiri sebelum disyaki dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah belakang.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian”, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pihak polis di talian 012-2863875 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading