Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU PENUNGGANG MOTOSIKAL LANGGAR LELAKI BERBASIKAL

DALAM NEGARA

POLIS BURU PENUNGGANG MOTOSIKAL LANGGAR LELAKI BERBASIKAL

Polis sedang mengesan penunggang motosikal dipercayai melanggar lelaki berbasikal di Jalan Putra Permai berhampiran stesen Transit Aliran Massa (MRT) Putra Permai, di sini kelmarin.

SERDANG: Polis sedang mengesan penunggang motosikal dipercayai melanggar lelaki berbasikal di Jalan Putra Permai berhampiran stesen Transit Aliran Massa (MRT) Putra Permai, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 3.47 petang semalam.

Katanya kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang basikal yang merupakan lelaki berusia 36 tahun datang dari arah Equine menghala ke Putrajaya di laluan tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang basikal itu yang berada di lorong kanan didapati cuba menukar ke lorong kiri.

“Bagaimanapun, tiba-tiba datang sebuah motosikal dan terlanggar basikal berkenaan dari arah belakang menyebabkan penunggang basikal itu jatuh pada permukaan jalan dan mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika kejadian berlaku, kenderaan di lokasi kemalangan bergerak perlahan disebabkan faktor kesesakan.

Tambah Anbalagan, penunggang motosikal masih belum membuat laporan dan usaha mengesannya masih diteruskan dengan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading